Assalamualaikum..
** tepis-tepis sawang**
sudah hampir 2 TAHUN saya tidak menulis di blog ini, sehingga saya terlupa kata laluan juga..
hu hu hu hu.. MENYEDIHKAN BUKAN ?
itu bermakna, selama 2 tahun juga saya tidak menulis apa-apa untuk diterbitkan. 2013 & 2014
saya sibuk dengan hal hal sebelum kahwin,
hal hal selepas kahwin dan juga di tempat kerja.
sehingga lah hujung tahun lepas, saya menyertai satu pertandingan menulis cerpen anjuran YADIM.
tempat pertama: rm 1000
tempat kedua: rm 700
tempat ketiga: rm500
saguhati X 22 pemenang : rm 300
Alhamdulillah, direzekikan Allah untuk menang tempat KEDUA , membawa pulang wang tunai rm 700.00
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Kemenangan ini banyak menyuntik semangat untuk saya kembali menulis =) Semoga saya rajin menulis selepas ini dan tidak malas-malas lagi.
tempoh hibernasi sudah berakhir, hendaknya.
p/s: Pertama kali merasa naik pentas , memegang replika cek , membawanya pulang dan berkata kepada Suami;
Saya mahu simpan ini sebagai pusaka.
sampai ke anak cucu.
Sebagai tanda nenek mereka pernah menjadi penulis kecil-kecilan. =)
ha ha ha..drama sangat kan
Dari kanan, Saudara Ghazali (tempat pertama), Saudari Rahmah ( tempat ketiga) , Pn Afzan dari YADIM dan saya.
Dapatkan buku Antologi Sayembara Dakwah anjuran ini bertajuk Biru Langit Itu di kedai -kedia buku berdekatan anda (MPH,Koperasi DBP, Ana Muslim)
p/s: Biru Langit Itu merupakan tajuk cerpen saya yang dipilih untuk menjadi judul antologi ini.
Secara jujurnya, saya lebih menyukai tajuk asal saya semasa manuskrip dihantar untuk penyertaan; Biru Langit Itu ,Selendang mu Ibu. Tajuk itu berunsur sentimental pada pandangan saya.
Tetapi disunting oleh pihak editorial dan disingkatkan menjadi, Biru Langit Itu sahaja untuk kesesuaian antalogi. Tidak mengapa lah, adat suntingan dalam penerbitan, saya memujuk hati dan terima seadanya.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kepada YADIM yang menganjurkan pertandingan ini. Semoga dapat dijadikan acara tahunan.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK para panel penilai kerana memilih cerpen saya untuk menjadi salah satu cerpen dalam antologi ini.
TETAMU TERHORMAT juga sangat budiman.
Terima kasih juga pada Pn Afzan yang banyak membantu. =)
Hari yang ringkas, tetapi sangat indah untuk dikenang
Terima kasih untuk semua.., tak lupa Suami yang bergegas pulang dari P.D untuk tengok Isteri dia naik pentas terima hadiah tapi tidak berkesempatan.
InsyaAllah, lain kali ye Suami, jika ada menang lagi lain pertandingan ( dengan izin Allah )
Salam sayang ~~