Kepulangan yang Manis

Tags

Assalamualaikum..

** tepis-tepis sawang**

sudah hampir 2 TAHUN saya tidak menulis di blog ini, sehingga saya terlupa kata laluan juga..

hu hu hu hu.. MENYEDIHKAN BUKAN ?

itu bermakna, selama 2 tahun juga saya tidak menulis apa-apa untuk diterbitkan. 2013 & 2014

saya sibuk dengan hal hal sebelum kahwin,

hal hal selepas kahwin dan juga di tempat kerja.

sehingga lah hujung tahun lepas, saya menyertai satu pertandingan menulis cerpen anjuran YADIM.

tempat pertama: rm 1000

tempat kedua: rm 700

tempat ketiga: rm500

saguhati X 22 pemenang : rm 300

Alhamdulillah, direzekikan Allah untuk menang tempat KEDUA , membawa pulang wang tunai rm 700.00

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Kemenangan ini banyak menyuntik semangat untuk saya kembali menulis =) Semoga saya rajin menulis selepas ini dan tidak malas-malas lagi.
tempoh hibernasi sudah berakhir, hendaknya.

p/s: Pertama kali merasa naik pentas , memegang replika cek , membawanya pulang dan berkata kepada Suami;

Saya mahu simpan ini sebagai pusaka.
sampai ke anak cucu.
Sebagai tanda nenek mereka pernah menjadi penulis kecil-kecilan. =)

ha ha ha..drama sangat kan

tempat KEDUA. Alhamdulillah

tempat KEDUA.
Alhamdulillah

kamii 1234Dari kanan, Saudara Ghazali (tempat pertama), Saudari Rahmah ( tempat ketiga) , Pn Afzan dari YADIM dan saya.

Dapatkan buku Antologi Sayembara Dakwah anjuran ini bertajuk Biru Langit Itu di kedai -kedia buku berdekatan anda (MPH,Koperasi DBP, Ana Muslim)

BIRU LANGIT ITU

p/s: Biru Langit Itu merupakan tajuk cerpen saya yang dipilih untuk menjadi judul antologi ini.

Secara jujurnya, saya lebih menyukai tajuk asal saya semasa manuskrip dihantar untuk penyertaan; Biru Langit Itu ,Selendang mu Ibu. Tajuk itu berunsur sentimental pada pandangan saya.

Tetapi disunting oleh pihak editorial dan disingkatkan menjadi, Biru Langit Itu sahaja untuk kesesuaian antalogi. Tidak mengapa lah,  adat  suntingan dalam penerbitan, saya memujuk hati dan terima seadanya.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kepada YADIM yang menganjurkan pertandingan  ini. Semoga dapat dijadikan acara tahunan.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK para panel penilai kerana memilih cerpen saya untuk menjadi salah satu cerpen dalam antologi ini.

TETAMU TERHORMAT juga sangat budiman.

Terima kasih juga pada Pn Afzan yang banyak membantu. =)

Hari yang ringkas, tetapi sangat indah untuk dikenang

Terima kasih untuk semua.., tak lupa Suami yang bergegas pulang dari P.D untuk tengok Isteri dia naik pentas terima hadiah tapi tidak berkesempatan.

InsyaAllah, lain kali ye Suami, jika ada menang lagi lain pertandingan ( dengan izin Allah )

Salam sayang ~~

di luar kebiasaan..

kali ini, saya tidak bercerita apa-apa berkaitan dengan kesusasteraan..saya ingin secara rawak bercerita hal yang berkait dengan saya..

tadi saya godek-godek laptop untuk menghantar item2 tertentu ke dalam recycle bin..lalu,saya jumpa gambar-gambar ini..

???????????????????????????????ini cerita lama.tetapi manis untuk dikenang.

???????????????????????????????ini purse saya sejak tahun 2010..masih bernyawa hingga ke saat catatan ini ditulis..tetapi ramai yang beranggapan ia sekeping sampul surat.

bersambung ..

novel cinta ?

Isnin lepas, ada diadakan jualan buku di Uni X..

saya yang sedang dilanda penyakit ketagih buku pun mengambil peluang untuk singgah sebentar.

saya lihat ramai gadis-gadis muda sedang memilih novel-novel cinta yang laris dan hangat.Setiap seorang dari mereka saya lihat sedang mengusung 4-5 novel yang tebal-tebal untuk dibayar menggunakan baucer buku 1 malaysia (BB1M).

sempat juga saya mengerling ke arah daratan luas novel-novel cinta itu..Antara yang sempat saya ingat ;

Suamiku Tak Romantik tapi autistik.

Encik Blur dan Encik Ikhlas

Cinta Awek dan Pakwe

Projek Memikat Suami

Aku Duda Kau Janda

dan lain-lain judul yang sekufu.

Saya hanya senyum kecil seraya beredar ke kawasan legar yang lain pula. Membaca novel-novel cinta bertajuk di atas tidak jatuh dalam kecenderungan dan minat saya.

semua manusia berhak memilih apa yang mereka mahu baca.Bahan bacaan pilihan setiap individu berbeza dengan individu lain.Jika mereka memilih untuk membaca novel-novel cinta, saya pula memilih membaca buku-buku kesusasteraan..(novel,cerpen,puisi)

antaranya;

ini makanan larut malam saya untuk minggu ini

???????????????????????????????

p/s: jarang-jarang menulis, tetapi sangat rajin  membaca saat ini (^_^)

X dan Y;

saya telah dijangkiti satu penyakit berbahaya saat catatan ini ditulis.. penyakit yang benar-benar berbahaya.

penyakit ini telah banyak merabak-kan kepingan laku pelbagai warna saya.

saya benar-benar ketagih buku !!

yaa..ini lah penyakit berbahaya itu..KETAGIH BUKU..

secara ringkas, gejala-gejala yang menimpa saya;

1) tangan menggigil melihat buku-buku baru dengan kulit buku yang menawan

2) mengalami kesukaran bernafas apabila tidak dapat membeli semua buku yang diidamkan

3) kekejangan otot mulut akibat senyum yang berpanjangan setelah membeli buku

walaupun ini penyakit yang berbahaya, sekurang2nya ini penyakit yang boleh disenaraikan membahagiakan..haha

ya, saya benar-benar bahagia dengan buku-buku saya..

tapi secara peribadi, dengan jelas sekali saya dapat melihat perbezaan harga yang besar antara buku terbitan X dan Y..(kedua-duanya established publisher)

sedikit klu : kebanyakan buku terbitan X – isi kandungan yang mantap dan berkualiti tinggi,harga yang murah dan sangat berpatutan dan kebanyakan buku dicetak dengan kertas warna putih dan buku sedikit berat..semua hal berkaitan buku mereka saya senangi kecuali reka kulit buku yang tak berapa nak menawan hati saya..mungkin mereka terikat dengan faktor-faktor tertentu..

buku terbitan Y: reka bentuk kulit yang segar dan cantik, penulis muda & baru, dan aktif mengeluarkan buku-buku baru yang bermutu..

kebanyakan buku dicetak pada kertas bukan putih warna dan buku ringan dibawa, semuanya saya senangi melainkan harga nya yang saya consider mahal..

kenapa?

sebagai contoh sahih; buku terbitan X dengan ketebalan 255 muka surat  dijual dengan harga cuma rm 16,

sedangkan buku terbitan Y yang tebal cuma 100 muka surat dijual dengan harga RM 15..

atas faktor apa buku terbitan Y perlu dijual dengan harga pada aras itu saya tidak tahu.

saya beli buku dari kedua-dua terbitan X dan Y..cuma, untuk terbitan Y, jumlah yang mampu dibeli terhad kerana kekangan harga yang sebegitu..

sekian.hingga jumpa lagi.

mungkin tidak kelakar . .

Selasa lepas, saya singgah di koop buku Uni X..di celak-celah rak buku, ada beberapa buku terbitan DBP yang lama , menarik perhatian saya..

kemudian;

datang 2-3 orang gadis muda berbaju kurung dan meluru ke arah rak buku yang ada tanda syair/puisi. Dialog yang tercetus;

+ Eh..ada buku sajak la..kita kena beli, nanti kan ada kena tulis sajak..

_ sape penulis yang power-power?

+ tak tahu..yang ni power kot..(sambil menarik keluar sebuah buku dari balik susunan buku)

_ alaa..beli je lah yang mana-mana, janji buku sajak..

saya andaikan mereka mungkin pelajar tahun pertama kesusasteraan di Uni X..

dan mereka tidak mengenali penulis-penulis mapan, hal itu sedikit menggeletek hati saya..saya senyum kecil

Ini kelakar bagi saya,tapi mungkin tidak kelakar pada yang lain..

 

 

 

 

 

 

 

 

Dendam Lelaki, TC Feb 2013 & PB1M@PWTC

Cerpen yang PERTAMA kali saya tulis tersiar dalam Pelita Bahasa.. ini pula cerpen KEDUA yang saya tulis.. dan buat pertama kali, saya cuba hantar untuk dipertimbangkan oleh Editor Tunas Cipta ..agak cepat tersiar ..saya emelkan tanggal 12/12/12..tersiar untuk keluaran Februari..

semalam saya baru siap menulis cerpen yang KETIGA..hajat di hati ingin mencuba nasib untuk Dewan Budaya pula..seperti dua cerpen yang agak cepat tersiar ini, saya harap untuk cerpen yang ketiga juga mempunyai sentuhan magis nya dan berjaya menembusi Dewan Budaya..doakan saya… (^_^)

???????????????????????????????Judul asal: Dendam Seorang Lelaki..setelah disunting oleh editor, menjadi Dendam Lelaki..

ok.sekarang mahu bercerita tentang PESTA BUKU 1 MALAYSIA pula

ini buku-buku yang saya beli di booth ITBM

??????????????????????????????????????????????????????????????kemudian, ini lagi satu berita menarik..semua majalah keluaran DBP keluaran Feb 2013 dijual dengan harga RM 2 SAHAJA !!

??????????????????????????????? lagi lagi buku…aaaaahhh…*mabuk buku*

???????????????????????????????buku ini buat saya cair..ayat-ayatnya banyak menyuntik ilham2 baru…aaaaa..jatuh cinta !!

???????????????????????????????juga terpandang akan buku ini saat ingin keluar dari dewan ..saya tidak pernah (berkesempatan) utk membaca hasil tulisan penulis yang berbakat ini..maklumlah, saya ini jika dikira umur dalam dunia penulisan, saya kira masih dalam usia bayi yang belum cukup bulan..terlalu baru..cuma rm 3.50 sahaja harga buku ini..mungkin untuk dihabiskan stok..

ramai penulis-penulis tanah air yang saya ingin kenali dan terokai hasil penulisan mereka selepas ini..

sekian.jumpa lagi di lain hari.

secangkir puisi (untuk dinikmati)

saya ingin menulis sesuatu yang mungkin kurang menyenangkan sesetengah pihak tatkala membaca nanti.Tetapi, (tolonglah) anggap ini sebagai satu teguran dan kritikan membina dari penggemar puisi seperti saya.

ada beberapa perkara yang menjadi faktor pemberat di saat seseorang memutuskan untuk membeli sesebuah buku.Maka, saya senaraikan di sini dengan penuh keihklasan, jauh dari sudut hati seorang pembeli.

1) Reka Bentuk Kulit

Reka bentuk yang kreatif (sedikit sebanyak) akan mempengaruhi pemikiran dan keinganan untuk membeli dan membawa pulang buku idaman dengan hati girang.

2) Judul Karya

Ya benar.Judul sesebuah karya sangat penting.Tetapi (tolonglah), usah menerbitkan sesebuah buku dengan judul yang berbisa, tapi isinya biasa-biasa sahaja,kerana itu sangat mengecewakan.Judul biarlah seadanya dengan pengaruh dan kekuatan buku tersebut.Agar pembeli tidak merasakan, oh aku terpedaya pada seuntai kata dan nama.

3) Isi keseluruhan

4) sinopsis yang dicetak pada kulit belakang

ini lagi satu.saya mohon (dari dasar hati yang terdalam) usah menulis berlebih-lebihan, sehingga membuatkan seseorang mungkin berfikir; wahh..buku ini pasti sesuatu (yang hebat untuk dinikmati, dan dihadam oleh fikiran).Kemudian, hanya untuk menyedari saat diselak dan dibaca baris-baris kata, yang ditelan hanya pahit sebuah kecewa.

Katakanlah apa yang seadanya buku tersebut mampu berikan.Usah terlebih-lebih atau terkurang.Cantik dan molek benar, jika ditulis dengan seadanya..

saya bukan sesiapa.saya tak punya nama gah dalam dunia penulisan /kesusasteraan.Saya cuma meluahkan rasa terkilan (adakalanya) dengan perkara-perkara yang disenaraikan di atas.Saya menulis hal ini untuk melihat mutu penerbitan yang sedia ada akan bertambah baik menjadi semakin baik dari sedia ada yang sememangnya baik.

* saya suka reka bentuk kulit buku keluaran ITBM.Segar dan Kreatif.Ada sesuatu tentangnya.

 

 

 

 

terima surat terima

secara ringkas..entri bergambar..

DSCN9785dari siapakah gerangan?

DSCN9786dan isi nya ;

DSCN9788terima surat terima.

kredit wajar diberikan kepada urus setia untuk sayembara ini di atas dedikasi yang diberikan..pada mulanya, saya andaikan akan menerima surat terima penyertaan melalui pos biasa sahaja..tetapi mungkin pihak berkenaan mempunyai bajet lebih untuk tujuan surat menyurat.

di akhiri dengan ucapan terima kasih dari saya.

catatan#

# menang kalah adat bertanding

# tidak menaruh harapan besar , sedar akan kewujudan penulis-penulis lain yang hebat belaka.

Bahasa Jiwa Bangsa

.

ke kedai buku..

kali ini,ingin menulis secara ringkas sahaja.

1) ke kedai buku 1 Malaysia di UTC semalam.Banyak buku yang menarik perhatian.Tetapi banyak juga buku terbaru keluaran ITBM yang saya berhajat untuk beli tiada.(kecewa)

2) Teruja dengan sebuah buku kumpulan puisi.Tajuk nya buat saya rasa teruja dan berkata ; ini pasti sesuatu (yang hebat).Lalu,saya selak perlahan-lahan dan baca .Saya tidak mahu merosakkan kualiti buku di tangan saya yang belum tentu saya beli pada akhirnya.Usai membaca, saya berasa hampa sekali.Dan hati berkata;(kecuali ada satu dua puisi yang berbisa) selebihnya biasa-biasa sahaja,bukan lah sesuatu yang hebat seperti yang saya jangkakan dan harapkan.Saya meletakkan kembali buku tersebut ke tempat asal.

3) Tidak sabar rasanya menunggu Pesta Buku 1 Malaysia.

Yang Tertunggak…

mungkin cerita ini sudah basi..saya jarang buka laman sesawang ini sejujurnya.. not on a daily basis .. sesekali adalah..

tiada ada pun untuk diceritakan..cuma sebuah puisi berjudul Dia Ayahku tersiar di Tunas Cipta untuk keluaran Oktober 2012..dan saya rasa gembira untuk hal itu… (^_^)

till then,take care (^_^)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.